Pardon;
Leg's Note
 I'm Ji. Sweet 15. An Otaku. Luhan is my bae, you know. 
 Welcome to my personal blog. Please drop your footstep in my WECHAT box down here^^
 I'm shy. Please come say HI



Wechat;
A cup of tea or coffee
No harsh word
No ads link
Please put your URL blog 
Exchange link accepted


Lastdate;
Story before
Credit;
my leader here
Template , header and background by AtinTory. 50% Thank to Mayra. Other help . Edit By Yours....
루아한 하티
Wednesday, 25 November 2015 - Permalink | 0 Comments


Assalammualaikum :)

Entah kali ke-berapa aku rasa macam ni. Nak nangis, tapi setitik air mata pun tak keluar. Aku tak faham diri aku sendiri. Atau, aku sememangnya tidak kenal diri aku sendiri. Aku ada ayah dan mak tapi aku tak rasa macam aku ada ayah dan mak. Kalau aku cerita masalah aku kat dorang, bukannya dorang dengar pun. Buat bazir air liur aku je. Yang dapat? Hmm. Makian je.

Apa yang dorang tak puas hati lagi? Aku dah berjaya masuk ke sekolah yang bijak dan berjaya mendapat keputusan yang elok. Nak sangat ke aku jadi bodoh? Perlu ke setiap kali aku buat kesilapan yang kecil kata aku bodoh? Kata-kata yang keluar daripada mulut mak ayah tu kan doa. Memang mak ayah nak aku bodoh, kan? Kalau tak mesti mak ayah tak keluar perkataan tu. Aku sebagai anak, memang tak boleh keluarkan suara langsung ke? Setiap kali aku bersuara, mesti kata aku melawan lah menjawab lah. Then, nak bandingkan aku dengan orang lain. Siapa suka dibandingkan?

Selama ni aku buat kerja sia-sia je. Aku cuba buat yang terbaik supaya aku dapat perhatian daripada mak ayah. Kenapa berbeza sangat cara layanan dorang dengan aku? Kalau abang atau kakak exam, kata-kata semangat selalu dorang bagi. Time aku exam? Sepatah kata-kata semangat pun tak keluar. Tak lama lagi, aku yakin sangat dorang akan marahkan aku. Sebab? Result aku jatuh!

Aku sedih sangat bila tengok ranking aku jatuh sampai macam tu sekali. Aku rasa aku tak patut bersuara setiap kali dorang perlekehkan aku. I should be silent. Biarlah dorang kata apa-apa pun pasal aku. Tahun depan dahlah pt3. Macam manalah nasib aku. Sepanjang aku hidup, aku tak pernah ucap perkataan 'minta maaf' kat mak ayah aku. Aku rasa malu nak sebut perkataan tu. Aku rasa hidup aku dipenuhi dengan dosa. Dosa terhadap ibu bapa. Sebab tu lah result aku jatuh, kan? 

Aku rasa aku ni fake gila bila dengan kawan dan keluarga. Kalau depan kawan, orang kata aku ni happy virus. Kalau depan keluarga? Percayalah, aku ni seorang yang lonely dan selalu serious. Aku dah fikir masak-masak dah. Tahun depan, aku akan masuk asrama! Banyak sebab kenapa aku nak masuk asrama. Semua kawan aku pelik dengan aku kebelakangan ni. :) Semua ni demi kebaikan aku juga. Dan keluarga aku. Kalau aku tak ada kat rumah, kuranglah sikit stress dorang.

Biarlah korang nak fikir apa-apa pun pasal aku. Aku immatured ke apa ke. Terserah. I just need someone to comfort me. There is no one who understands me in this house, so I made the blog as my online friend. 

Assalammualaikum :)


Post a Comment