Pardon;
Leg's Note
 I'm Ji. Sweet 15. An Otaku. Luhan is my bae, you know. 
 Welcome to my personal blog. Please drop your footstep in my WECHAT box down here^^
 I'm shy. Please come say HI

Wechat;
A cup of tea or coffee
No harsh word
No ads link
Please put your URL blog 
Exchange link accepted

Lastdate;
Story before
Credit;
my leader here
Template , header and background by AtinTory. 50% Thank to Mayra. Other help . Edit By Yours....
PANDANGAN GOLONGAN SUFI
Friday, 8 November 2013 - Permalink | 0 Comments

Gambar: PANDANGAN GOLONGAN SUFI

~ FAHAMAN SESAT ALA “KHAWARIJ”

Assalamu’alaikum saudara saudari seagama dengan kami sekelian, semuga kita semua sentiasa dirahmati dan dikasihi oleh Allah Swt… di Dunia dan juga Akhirat, Aamiin ya Allah.

Kami percaya ramai di antara kita pernah mendengar istilah ‘Khawarij’ ini, tetapi tidak mengetahui dengan terpeinci apakah tafsiran/definasi sebenar berhubung golongan ini.

Secara umumnya… istilah ‘Khawarij’ ini adalah bermaksud kepada golongan “Pelampau” dalam masyarakat Umat Islam sejagat.

Di antara “72 Fahaman SESAT” (daripada pecahan 73 golongan) yang telah disebutkan oleh Rasulullah Saw di dalam Hadis baginda (yakni golongan yang akan ke Neraka), ‘Fahaman Khawarij’ adalah fahaman yang “PALING SESAT” di dalam kelompok yang tersebut.

Maksud Hadis Rasul, dari Abu Hurairah ra… Rasulullah Saw telah bersabda, 
“Sesungguhnya orang2 Yahudi berpecah kepada 71 golongan, 1 masuk Syurga dan 70 ke Neraka. Orang2 Nasrani juga berpecah kepada 72 golongan, 1 masuk Syurga dan 71 ke Neraka. Dan demi jiwaku Muhammad… yang berada dalam KekuasaanNya, sesungguhnya Umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, 1 masuk Syurga dan 72 ke Neraka”. Rasulullah di tanya… “Siapakah mereka ?” (yakni golongan yang akan ke Syurga). Baginda menjawab… “Al Jama’ah”. (HR Ibnu Majah No. 3994).

‘Fahaman Khawarij’ bermaksud kepada suatu bentuk budaya/amalan ‘Kefahaman Tentang Agama Islam’ yang berteraskan ‘Hasutan Iblis & Hawa Nafsu’ dengan ‘Memutarbelitkan Agama’ berdasarkan ‘KEPENTINGAN PERIBADI’ para Pemimpin/Ulamaknya.

Secara kebiasaannya, para Pemimpin/Ulamak ‘Fahaman Khawarij’ ini adalah berasal dari ‘Alim Ulamak Fekah’ yang ‘bercita-cita tinggi’ di dalam bab mengejar ‘Kuasa Pemerintahan’.

Mereka ini adalah segolongan ‘Ahli Ibadah’ yang telah terjerumus di dalam bab ‘Menjunjung Sifat-Sifat Iblis’ dan hawa nafsu seperti riak, takabbur, hasad dengki, kebencian… dsb.

Untuk memperoleh ‘Pengaruh dan Sokongan’ masyarakat/pengikut… para Ulamak Khawarij ini menggunapakai kaedah/konsep ‘Ketaksuban Pada Pemimpin’, di dalam merealisasikan agenda cita-cita mereka.

Para Ulamak Khawarij memang suka mempergayakan fesyen berpakaian sebagai ‘Orang Alim’… untuk meraih ‘Ketaksuban’ kepada mereka. Mereka juga suka mewar-warkan ‘Ibadah Sunat’ mereka kepada masyarakat umum. Mereka juga teramat gemar MENONJOLKAN DIRI kepada masyarakat umum… agar mereka terus “DIPUJA & DITAKSUB” sentiasa.

Pengembangan ‘Ajaran Khawarij’ pula adalah berteraskan ‘Hasutan Kebencian’… kepada para pesaing mereka. Di mana mereka akan menghalalkan ‘apajua cara’ (tidak mengira samada ianya Halal ataupun Haram)…, apa yang penting adalah ‘Matlamat’ mereka dapat capai.

Golongan Khawarij juga suka menghukum bahawa ‘golongan yang tidak berpihak’ kepada mereka adalah “Kafir ataupun Murtad”.

Khawarij juga suka mentafsir Ayat-Ayat Al Qur’an dari ‘Satu Sudut’ (ataupun ‘Satu Aspek’) semata-mata… di dalam menegakkan hujah-hujah mereka. 

Syurga Neraka… mereka jaja bagaikan ‘menjual goreng pisang’ sahaja. 

Mereka juga turut mempromosi bahawa barangsiapa yang MENGIKUT mereka… pasti akan “BEROLEH SYURGA”. Dan barangsiapa yang menentang mereka… adalah Kafir/Murtad, dan akan tergolong sebagai ‘Ahli Neraka’.

‘Fahaman Khawarij’ ini telah bermula seawal zaman Sydna Abu Bakar ra (Khalifah Islam Pertama). Tapi ‘wabak fahaman’ ini telah dapat dibendung (dari terus merebak) oleh Sydna Abu Bakar setelah melancarkan perang ke atas golongan mereka.

Di waktu tersebut, wabak ini disedari apabila sekelompok Umat Islam telah ‘tidak mahu mengeluarkan Zakat’ sebagaimana praktis mereka di zaman Rasulullah Saw.

Golongan tersebut juga mengamalkan ‘Taksub Melampau’ kepada ‘Pemimpin/Ulamak’ mereka… sehingga seolah-olah telah menyama-tarafkan Ulamak mereka tersebut dengan taraf baginda Rasulullah Saw.

Di dalam peperangan tersebut, golongan Khawarij telah tewas… dan mereka telah kembali akur kepada ‘Kerajaan Pemerintah’ yang diterajui oleh Sydna Abu Bakar ra.

Di zaman Sydna Umar Al Khattab ra, golongan Khawarij ini telah bergerak secara ‘under ground’. Mereka tidak berani untuk bergerak secara terang… kerana bimbang kepada aspek ‘Ketegasan’ Sydna Umar di dalam urusan pentadbiran Negara.

Apabila Sydna Umar mangkat (yakni dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah, seorang hamba Majusi Parsi), jawatan Khalifah telah diamanahkan pula kepada Sydna Uthman Al Affan ra.

Di zaman Sydna Uthman, pengaruh Khawarij telah mulai kembali merebak. Mereka mencanang tuduhan bahawa Sydna Uthman mengamalkan unsur-unsur ‘nepotisme & kronisme’ dalam pentadbiran Negara. Mereka juga menuduh Sydna Uthman ‘tidak telus’ di dalam mentadbir kewangan Negara. Dan akhirnya golongan mereka telah membunuh Khalifah Sydna Uthman ra.

Tetapi atas Iradah Allah Swt, impian Khawarij untuk ‘merampas kuasa’ masih tidak kesampaian. ‘Pungutan Suara Majoriti’ masyarakat Umat Islam (di waktu tersebut)… telah berkehendak untuk melantik Sydna Ali bin Abi Thalib ra sebagai Khalifah Islam Ke 4.

Di zaman Sydna Ali juga… telah muncul pula satu lagi puak yang turut mengidam ‘Jawatan Khalifah’… yakni Muawiyah (iaitu Pengasas Bani Umaiyyah).

Muawiyah turut mengenengahkan konsep ‘Hasutan Kebencian’… demi merealisasikan impian politiknya. 

Pengaruh Muawiyah semakin hari semakin kuat. Bahkan Muawwiyah telah berjaya memanipulasi pemikiran Sydatina Aisyah ra… agar berpihak kepadanya.

Di dalam ‘Perang Jamal’ pada 11hb Jamadilakhir 36H (Tahun 657M), pemberontakan yang turut dipimpin oleh Sydatina Aisyah ra ini… telah tewas. Sydatina Aisyah ra kemudiannya telah diberi ‘penerangan terpeinci’ oleh Sydna Ali… dan kemudian daripadanya Sydatina Aisyah ra telah kembali berpihak kepada Sydna Ali.

Pemberontakan Muawiyah sebenarnya telah pun dapat dibendung oleh Sydna Ali… setelah memenangi Perang Jamal dan juga Perang Siffin.

Sewaktu zaman pemberontakan Muawiyah ini, golongan Khawarij pada awalnya telah berpihak kepada Sydna Ali. Sebabnya… hanya Allah Swt jua yang ‘lebih mengetahui’.

Tetapi setelah berakhirnya Perang Siffin… mereka (Khawarij ini) telah kembali mengkritik cara pentadbiran Sydna Ali, dengan alasan bahawa Sydna Ali ‘terlalu berlembut’ dengan Muawiyah.

Sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada Sydna Usman ra, mereka turut mengambil pendekatan seumpama… dengan ‘menghasut’ masyarakat agar ‘membenci’ Sydna Ali ra.

Pada tahun 661H, Ibn Muljam (salah seorang pengikut Khawarij) telah berjaya membunuh Sydna Ali ra, tetapi sekali lagi hasrat mereka untuk ‘merampas kuasa’ telah gagal. 

Majoriti Umat Islam (di waktu tersebut) kemudiannya telah memilih Sydna Hasan (cucunda Rasulullah Saw) sebagai ‘Khalifah Islam’ seterusnya.

Akan tetapi, PERPECAHAN Umat Islam pada waktu tersebut telah mencapai ke tahap serius. 

Secara umumnya, Umat Islam telah BERPECAH kepada 3 puak iaitu :

a. Pengikut Sydna Hasan bin Ali ra (yakni pengikut Sydna Ali).
b. Pengikut Muawiyah.
c. Pengikut Khawarij.

Atas perbincangan dengan Muawiyah, Sydna Hasan kemudiannya telah ‘meletak jawatan’ sebagai Khalifah (setelah menjawatnya dalam tempoh lebihkurang 6 bulan sahaja)… atas sebab ingin MENYATUPADUKAN kembali masyarakat Umat Islam.

Sydna Hasan turut merestui perlantikan Muawiyah sebagai ‘Khalifah Baru’ menggantikan tempatnya. Beliau kemudiannya telah ‘membawa diri’…, dan para pengikut Sydna Hasan ra inilah yang kemudiannya telah digelar oleh masyarakat umum sebagai ‘golongan Sufi’.

Para pengikut Khawarij terpaksa ‘berputih mata’ dengan kejayaan Muawiyah ini… kerana ‘Pengaruh Muawiyah’ pada waktu yang tersebut adalah berkeadaan ‘jauh lebih kuat’ dari pengaruh golongan mereka.

Walaupun (kemudian daripada itu) ‘Fahaman Khawarij’ ini terus ‘tenggelam timbul’… namun ianya tidak pernah berkubur.

Sewaktu di era zaman Imam Hasan Al Basri (642 – 728/737M)… yakni seorang Ulamak Sufi, salah seorang murid beliau yang bernama ‘Wasil Ibn Ata’ telah menentang fatwa Imam Hasan di dalam bab ‘Dosa Besar’.

Iman Hasan adalah bertegas bahawa ‘Orang Islam’ yang telah melakukan ‘Dosa Besar’… tidak boleh diklasifikasikan sebagai Kafir, kerana ‘Bab Dosa’ bukan melibatkan perkara tentang ‘Kefahaman/Pegangan Aqidah’.

Tambahan pula, Allah itu bersifat Maha Pengampun… dan apabila seseorang Pendosa itu telah ‘menyesal dan bertaubat’, adalah pasti mereka akan diampunkan oleh Allah Swt. Sedari itu mereka adalah tidak boleh dihukum sebagai Kafir.

Menurut Surah Al Fath (S/48), Ayat 14… “Dan KEPUNYAAN Allah lah kerajaan langit dan bumi, Dia MENGAMPUNI sesiapa yang dikehendakiNya, dan MENGAZAB sesiapa jua yang dikehendakiNya, dan sesungguhnya Allah itu Maha PENGAMPUN lagi Maha PENYAYANG”.

Ayat 14 Surah Al Fath ini dengan jelas menceritakan tentang ‘Hak Mutlak Allah’ untuk mengampuni sesiapa jua yang Dia kehendaki. Sedari itu kita adalah tidak boleh menghukum seseorang itu dengan sesuka hati kita.

Akan tetapi ‘Wasil Ibn Ata’ tetap berdegil dengan pendirian sesatnya. Dia kemudiannya telah mengasaskan ‘Fahaman Muktazilah’ dengan penerapan idealogi ala Khawarij (yakni fahaman golongan PELAMPAU dalam Islam).

Di samping Pengasas fahaman ‘Muktazilah’, ‘Wasil Ibn Ata’ juga turut digelar sebagai ‘Pengasas Generasi Kedua’ Fahaman Khawarij.

Apa yang perlu kita fahami di sini bahawa… ‘Fahaman Khawarij’ ini adalah suatu bentuk ‘Fahaman SESAT’ oleh golongan “PELAMPAU” dalam Islam.

Golongan mereka adalah diterajui oleh segelintir Ulamak Fekah yang telah TERSESAT JALAN. 

Mereka telah “MENGABAIKAN” terus aspek “KEAMPUNAN ALLAH”, ataupun aspek ‘Syafaat Rasulullah Saw’.

Mereka cuba menegakkan hujah bahawa ‘Amal Ibadah’ sahaja yang akan diambilkira disisi Allah, sedangkan aspek ‘Memohon Keampunan Allah’… mereka “CUBA SEMBUNYIKAN” dari perspektif masyarakat.

“MATLAMAT & TUJUAN” mereka hanya “SATU”… yakni agar masyarakat TAKSUB MEMUJA mereka, kerana mereka adalah sentiasa mempromosikan ‘Ibadah & Tahap Kealiman’ diri mereka untuk beroleh ‘Ketaksuban’ daripada masyarakat umum (bagi ‘Motif Kepentingan Terselindung’ yang tertentu).

Mudah kata, mereka ini bolehlah kita kategorikan sebagai golongan ‘Pelampau’ dalam Islam yang bertujuan mencari ‘Kemuliaan disisi manusia’.

‘Fahaman Ala Khawarij’ memang teramat BAHAYA kepada Umat Islam. Mereka sanggup MEMECAH BELAHKAN Umat Islam demi mencapai cita-cita peribadi mereka.

Mereka sanggup MEMFITNAH sesama Islam, mengubah Hukum Hakam Agama, Mengkafir Memurtad sesama Islam… yakni sanggup melakukan “APA SAHAJA” asalkan ianya boleh ‘menyumbang kredit’ kepada mereka.

Di dalam bab ‘Memecahbelahkan Umat Islam’, golongan Khawarij tidak mempedulikan sedikitpun tentan Firman Allah di dalam Surah Al Hujurat (S/49), Ayat 10… “Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah BERSAUDARA, maka DAMAIKANLAH di antara kedua saudaramu (yang bertelingkah) itu, dan TAKUTLAH (bertaqwa) pada Allah… supaya kamu beroleh rahmat”.

Mudah kata, golongan Khawarij ini hanya menyunting ataupun mengambilpakai sesetengah ‘bahagian’ daripada Agama (yang berkategori boleh ‘menyumbang Kredit’ kepada mereka), dan menyembunyikan sebahagian yang lain (yang berkategori ‘tidak menyumbang’ kredit kepada mereka).

Mereka juga sanggup ‘memutarbelitkan’ Agama… agar Hukumnya BERTEPATAN dengan ‘KEPENTINGAN’ mereka.

Bahkan mereka adalah sanggup MEMBUNUH saudara seagama, dan ianya bukan ‘perkara rekaan’ kerana golongan mereka telah pun “MEMBUNUH” Sydna Usman ra & Sydna Ali ra… demi mencapai cita-cita mereka untuk merampas ‘Kuasa Pemerintah’.

Inilah yang digelar sebagai golongan “PELAMPAU” dalam “KESESATAN”… yang pada bahasa Arabnya dikenali sebagai “Khawarij”.

Kalaulah secara ‘kebetulannya’ ulasan kami ini agak ‘bersamaan’ dengan mana-mana pihak… kami dengan ikhlasnya ingin memohon berbanyak kemaafan.

Kami ini hanya sekadar ‘Memberi Penerangan & Peringatan’ dengan ikhlas, dan menyampaikan ‘Apa yang Benar’. Siapa jua yang ingin ambilpakai penerangan ini… ambill pakailah dengan “IKHLAS kerana Allah”, yang ‘tidak mahu’… itu Hak diri masing-masing. 

Firman Allah Swt di dalam Surah Al ‘A la (87) Ayat 9 – 12…

Ayat 9, “Sedari itu berilah PERINGATAN… kerana peringatan itu BERMANAFAAT”.

Ayat 10, “Orang yang takut (pada Allah)… akan beroleh PELAJARAN”.

Ayat 11, “Dan orang yang celaka… akan MENJAUHINYA”.

Ayat 12, “Yakni orang yang akan dibakar dalam nyalaan Api Neraka yang besar”.

Sekian, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Post a Comment