Pardon;
Leg's Note
 I'm Ji. Sweet 15. An Otaku. Luhan is my bae, you know. 
 Welcome to my personal blog. Please drop your footstep in my WECHAT box down here^^
 I'm shy. Please come say HI



Wechat;
A cup of tea or coffee
No harsh word
No ads link
Please put your URL blog 
Exchange link accepted


Lastdate;
Story before
Credit;
my leader here
Template , header and background by AtinTory. 50% Thank to Mayra. Other help . Edit By Yours....
Petua dan Tips Menurunkan Darah Tinggi yang Boleh di Amalkan
Friday, 12 April 2013 - Permalink | 0 Comments


Petua Dan Tips Menurunkan Darah Tinggi Yang Boleh Diamalkan | TEKAN SINI adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutanjantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.
Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

1. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

2. Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

3. Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

4. Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

5. Makan biji buah Peria.

6. Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

7. Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

8. Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

9. Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.


Post a Comment